Laporan Lawatan Ilmiah Kelas DHK 1C ke Muzium
Negara
Disediakan oleh : Annis Hizani Bt Badrul
Hisham
Pada minggu lepas ,
bertarikh 26 Ogos 2014 , kelas DHK 1C daripada Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah , Sabak Bernam telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur baru - baru ini.
Seramai 37 orang pelajar semester 1 yang terlibat dan seorang pensyarah
iaitu Encik Kazar Bin Razali yang bertindak sebagai guru pengiring kami.
Lawatan yang diadakan pada hari Selasa ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada kami tentang sejarah awal negara dan pembentukan Malaysia
seiring dengan subjek pembelajaran kami iaitu subjek Pengajian Malaysia yang
berada di bab 3 di buku Pengajian Malaysia kami.
Objektif lawatan ini
ditetapkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang sejarah dan
pengenalan Malaysia kepada kami. Selain itu, melalui lawatan ini juga kami
dapat memupuk semangat cinta akan negara sesama kami selain dapat meningkatkan
patriotisma dalam diri kami. Kami juga dapat mempelajari teladan - teladan yang
berkaitan dengan sejarah negara kami.
Pada pukul 6.30 pagi ,
kami berkumpul di hadapan bangunan Anjung Pesona untuk mendengar taklimat
daripada pensyarah pengiring kami iaitu Encik Kazar. Selepas mendengar taklimat
ringkas dan sarapan diagihkan , tepat pada pukul 7.00 pagi, kami bertolak ke Muzium
Negara dengan menaiki bas rasmi Politeknik Sultan Idris Shah. Perjalanan kami
mengambil masa 2 jam.
![]() |
Para pelajar DHK 1C baru sahaja tiba di Muzium Negara
Para
pelajar kelas DHK 1C bergambar di Muzium Negara
Kami tiba di Muzium
Negara pada pukul 9.30 pagi dan disambut oleh wakil pihak muzium negara , Encik
Badrul Hisham Bin Abdul Rahman dan Cik Fadhliatul Binti Azmi. Menurut
Encik Badrul , muzium ini mempunyai 4 buah galeri di mana setiap galeri
tersebut mempamerkan tentang tahap – tahap pembentukan dan kemajuan Malaysia
sehingga kini. Selepas menyelesaikan urusan tiket , kami memulakan lawatan kami
di Galeri A.
Menurut Encik Badrul,
Galeri A banyak memaparkan pameran tentang pembentukan bumi dan sejarah awal negara.
Di galeri ini, saya dapat mempelajari bahawa Malaysia telah melalui tiga zaman
prasejarah utama iaitu Zaman Paleolitik , Neolitik serta Zaman Besi dan Gangsa.
Manusia zaman prasejarah ratanya menjadikan alam semulajadi sebagai sumber
kehidupan mereka misalnya gua dijadikan tempat tinggal, siput dijadikan sumber
makanan , kulit kayu dijadikan pakaian dan pelbagai lagi. Perkara baru yang
dapat dipelajari ialah lukisan gua atau cave
drawing daripada Hematif iaitu sejenis bahan pewarna purba sebagai tujuan
komunikasi mereka dan budaya megalit yang diamalkan oleh masyarakat Sabah dan
Sarawak sehingga kini iaitu sejenis batu yang dipahat sendiri dan dipercayai
mempunyai keramat. Sehingga kini, budaya megalit masih diamalkan dalam upacara –
upacara sembahyang walaupun dalam masyarakat islam.
Batu
giling dan penggiling digunakan untuk mengisar hematif
Batu
yang dipahat dipercayai mempunyai keramat.
Kami meneruskan
perjalanan kami ke Galeri B yang memaparkan maklumat tentang kerajaan –
kerajaan Melayu Lama dan Kerajaan
Melaka. Kerajaan – kerajaan seperti Majapahit , Champa , Kedah Tua merupakan
kerajaan yang wujud sebelum kerajaan Melaka. Kerajaan tersebut mempunyai
rangkaian perdagangan yang luas dan banyak negeri jajahan. Akibat daripada
perluasan kuasa inilah, terbentuknya kerajaan Melaka yang akhirmya menjadi pelabuhan
yang sangat maju dan menjadi salah satu kuasa yang kuat. Selain itu , kami
dapat pengetahuan yang mendalam tentang keris-keris sebagai lambing kekuasaan
dan kedaulatan melayu.
Sebahagian
serpihan artifak barang dagangan yang ditemui di Pulau Tioman.
Gambaran
armada kerajaan Majapahit dan senjatanya.
Galeri C pula mempamerkan
tentang era colonial di mana ia menerangkan tentang kejatuhan empayar Melaka
bermula dari penjajahan Portugis sehinggalah ke penjajahan lain sehingga
mewujudkan semangat nasionalisme di kalangan warga intelektual. Kerajaan Melaka
terkenal dengan kekayaan barang mentah dan hasil hutan seperti bijih timah ,
rempah ratus dan pelbagai lagi yang menarik minat kuasa besar untuk
dieksploitasi. Kehidupan rakyat pada zaman penjajahan juga tidak tenteram
kerana pembunuhan berlaku di mana-mana sahaja sehingga darurat diisytiharkan. Disinilah
kesedaran nasionalisme di kalangan golongan berpendidikan tinggi dipergiatkan.
Perjalanan kami berakhir
pada Galeri D dimana maklumat tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
sehingga ke pencapaian Malaysian sehingga kini. Terdapat banyak dugaan yang
terpaksa dihadapi oleh pemimpin tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan Negara. Hasilnya,
kami melihat Malaysia sudah mampu untuk berdiri sendiri dan begitu banyak
kemajuan yang telah dicapai seperti pembukaan Koridor Raya Multimedia , F1 Sepang
Circuit , system satelit MEASAT dan banyak lagi.
Di sini , kami berasa bersyukur kerana lahir
dalam generasi Y yang bebas daripada sebarang kesusahan dan darurat. Kami juga
bersa bangga kerana lahir dalam zaman ICT
iaitu zaman teknologi tinggi dan komunikasi yang begitu canggih. Kami berharap
semangat patriotic dapat dipupuk melalui lawatan ini untuk menjamin kelansungan
kedaulatan Negara oleh pewaris – pewaris pemimpin Negara ini.
Para pelajar bergambar
dengan pensyarah Encik Mohd Kazar dan dua orang pengiring iaitu Encik Badrul
Hisham dan Cik Fadhliatul.
ok
ReplyDelete