KEDATANGAN IMIGRAN CINA KE TANAH MELAYU
1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh- buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing- masing seperti peperangan, kebuluran dan lain lain.
4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.
5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
6. Imigran Cina dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pussat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
5 star
ReplyDelete