Saturday 13 September 2014

Buddha






Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pengamalan agama agama inilah yang menentukan dasar negara dan corak kehidupan masyarakat pada hari ini.


Sumber
http://kencanasmka.blogspot.com/2009/04/maklumat-umum-sejarah-asia-tenggara_9339.html

OIC

            PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)


Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.














Negara Negara Pemerhati OIC :







RUJUKAN :

  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
  • http://note4jas.blogspot.com/2008/08/malaysia-dalam-pertubuhan-antarabangsa.html









Monday 1 September 2014

JURNAL

Jurnal Lawatan ke Muzium Negara

Disediakan oleh: Muhammad Fikri Bin Haron (17EHK14F1002)


Pengenalan

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK 1C daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah dibawah subjek Pengajian Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Seramai 37 orang pelajar terlibat dan seorang pensyarah iaitu En. Kazar bin Razali selaku pensyarah subjek mengiringi kami. 

Objektif Lawatan

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Tamadun awal di Malaysia
  • Memupuk semangat patriotisma dikalangan pelajar
  • Melihat keuikan dan mengenal sejarah-sejarah yang berlaku di Malaysia

Laporan

Pada pukul 6.30 pagi kami diminta untuk berkumpul di Anjung Pesona yang berada di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Setelah genap semua pelajar berkumpul, kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada pukul 7.00 pagi. Kami semua bersarapan didalam bas yng telah disediakan oleh AJK makanan.
Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 10.00 pagi. Disana , kami disambut oleh En. Badrol Hisyam bin
Abdul Rahman dan Cik Fadhliatul bt Azmi. En. Badrol menerangkan kami dimana terdapat 4 bahagian didalam muzium iaitu Galeri A, B, C dan D. Galeri A mengandungi sejarah-sejarah awal tamadun yang terdapat di Malaysia. Galeri B pula mengandungi sejarah-sejarah kerajaan awal di Malaysia. Galeri C pula menceritakan zaman penjajahan yang berlaku di Malaysia dan terakhir sekali Galeri D dimana menceritakan pembangunan dan kemajuan yang tercapai dari awal kemerdekaan hingga kini. En. Badrol Hisyam mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit untuk menerangkan kami secara ringkas mengenai perkara-perkara yang terdapat di muzium. Walaupun masa yang agak singkat, namun banyak input dan maklumat yang kami pelajari. Kami juga mengambil masa untuk mengambil gambar-gambar artifak-artifak dan subjek-subjek yang terdapat didalam muzium. pada pukul 12.00 tengah hari, kami menjamu makanan tengah hari yang telah disediakan oleh AJK makanan. Pada pukul 2.00 petang kami berangkat pulang ke Politeknik Sultan Idris Shah. Akhir kata, walaupun masa yang singkat, namun ianya banyak membantu para pelajar untuk mengenali sejarah-sejarah yang berlaku di tanah air kita. Secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotisma dikalangan pelajar. Terima kasih kepada En. Kazar selaku pensyarah kelas kami yang banyak memberi idea dan nasihat untuk program ini. Tidak dilupakan Majlis tertinggi kelas dan AJK-AJK kelas yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar.  Sekian...

Lampiran







Sunday 31 August 2014

Dasar Belia Negara

Dasar Belia Negara 










Jurnal lawatan ke Muzium Negara

Rohaida binti Sanif  17DHK14F1110
Program:
·         Lawatan ke Muzium Negara Kuala Lumpur
Objektif program:
·         Mendedahkan kepada para pelajar tentang sejarah awal Negara
·         Menerangkan ciri-ciri kerajaan awal Tanah Melayu
·         Membuka minda pelajar tentang era penjajahan pada masa dahulu
·         Memperkenalkan pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia pada masa kini

            Pada 26 Ogos 2014 , kelas DHK1C dibawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dari Politeknik Sultan Idris Shah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara. Seramai 37 orang pelajar telah terlibat dalam aktiviti ini. Pada pukul 6.30 pagi , para pelajar telah diarahkan untuk berkumpul dihadapan jabatan oleh pensyarah pengiring iaitu En Mohamad Kazar bin Razali. Sebelum bertolak , pelajar telah diberikan sedikit taklimat berkenaan program ini. Perjalanan bertolak ke muzium bermula  pada pukul 7.00 pagi dan tiba pada pukul 10.00 pagi. Disana, kami telah disambut oleh pegawai muzium iaitu Encik Badrol Hisham bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun binti Azmi.

           Aktiviti meneroka muzium bermula pada pukul 10.30 pagi. Di dalam muzium terdapat empat bahagian iaitu Galeri A,B,C dan D. Di dalam Galeri A menceritakan tentang  sejarah awal bagaimana pembentukan muka bumi dan kehidupan orang pada zaman batu. Pelajar masing-masing membuat catatan dan mendengar penjelasan  daripada pegawai muzium dengan teliti. Galeri  B mempamerkan tentang kerajaan awal yang wujud pada masa dahulu. Galeri C pula mempamerkan tentang era kolonial atau zaman penjajahan. Galeri D pula mempamerkan tentang pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia kini.

          Pada jam 12 tengahari pelajar diberi masa untuk makan dan berehat. Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan bertolak pulang. Kami tiba di politeknik pada pukul  kira-kira 5 petang.


         Contoh jumpaan artifak zaman prasejarah di Galeri A


Peta laluan sutera dan replika Avalokitesvara di Galeri B


Galeri C mempamerkan penjajah pada zaman dahulu

Galeri D pula menceritakan berkaitan Malaysia pada masa kini





Jurnal :)

Noor Aliaa bt Razali ( 17DHK14F1099 )

                              LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Pada 26 Ogos 2014 pelajar Diploma Hotel dan Katering dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Lawatan ini juga dibawah kawalan pensyarah Pengajian Malaysia iaitu En Kazar bin Razali  dan kerjasama Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan kuasa yang terdiri dari semua pelajar DHK1C.


OBJEKTIF LAWATAN 


  • Mengenali sejarah awal di Tanah Melayu
  • Mengetahui artifak artifak yang dijumpai oleh ahli arkeologi
  • Memupuk semangat nasionalisme setiap individu

Pada pukul 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di Anjung Pesona di hadapan bangunan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Sebelum bertolak pensyarah En Kazar b Razali telah memberi sedikit taklimat ringkas dan bacaan doa oleh Muhd Zunnur Muqri iaitu ketua AJK Kerohanian. AJK Makanan telah memainkan peranan dalam mengagihkan makanan kepada semua pelajar. Tepat jam 7 pagi kami bertolak dengan menaiki bas rasmi Politeknik Sultan Idris Shah. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam.
Tepat pada 10 pagi, kami selamat sampai di Muzium Negara dengan disambut mesra oleh En Badrol Hisyam bin Abdul Rahman bersama Cik Fadhliatul bin Azmi. 

En Badrol Hisyam mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk menerangkan semua maklumat yang terkandung di dalam semua galeri di situ . Terdapat empat pembahagian galeri iaitu ;
Galeri A : Pengenalan sejarah awal tamadun
Galeri B : Kerajaan kerajaan Melayu
Galeri C : Era kolonial
Galeri D : Malaysia Kini

Di samping itu, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar yang ada disetiap galeri. Dengan maklumat yang diberi oleh pihak muzium dan En Badrol Hisyam banyak membantu semua pelajar.
Setelah membuat lawatan, kami telah menjamu selera untuk makan tengahari yang diuruskan oleh AJK Makanan di kafeteria Muzium Negara tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua Majlis tertinggi (MT) Ahli Jawatankuasa (AJK) yang banyak membantu bagi menjayakan lawatan ini. 

Lampiran :











  


Jurnal

Muhammad Faris Bin Mohd Khalil
(17DHK14F1096)


Program 

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara


Objektif

matlamat lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pengetahuan yang lebih mendalam tantang sejarah awal Malaysia. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan dapat memupuk semangat Patriotisme dalam diri kita.


Laporan

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK1C telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang terletak di ibu kota raya Kuala Lumpur. Seramai 37 pelajar semester 1 dan seorang pensyarah iaitu Encik Kazar Bin Razali bertindak sebagai guru pengiring telah terlibat. Seawal 6.30 pagi lagi kami telah berkumpul di Jabatan Hospitaliti dan Perlancancongan untuk menunggu bas kami. Kemudian, Pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Kazar Bin Razali tiba di Jabatan dan memberi sedit penerangan tantang program lawatan dan kami pon bertolak. Program ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang sejarah awal Malaysia. Sejurus tiba di Muzium Negara pada jam 10.00 pagi kami ke kaunter untuk membeli tiket dan kami disambut oleh dua staf dari muzium negara iaitu Encik Badrol Hisyam b.Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi. Selepas itu, Encik Badrol Hham telah membawa kami melawat sekitar muzium sambil mengongsi ilmu bersama kami tentang Sejarah Awal, Kerajaan Awal Tanah Melayu, Penjajahan Tanah Melayu, dan Malaysia Kini. Maklumat yang kami dapat walaupun hanya dua jam amat berguna pada kami yang masih belajar.
Pada jam 12.00 tengah hari kami disediakan juadah daripada AJK makanan kami di kafeteria Muzium Negara, terdapat kumudahan lain yang terdapat di muzium seperti tandas, surau dan kedai-kedai. Selepas itu, kami diberi masa selama setengah jam untuk melawat di sekitar Muzium Negara. Pada jam 1.30 petang kami berkumpul semula untuk menaiki bas.. maka tamatlah program lawatan kami. Saya berasa bangga dengan apa yang saya pelajari semasa lawatan ini dan Alhamdulillah sepanjang aktiviti ini berlangsung tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian...



 Kami tiba di Muzium Negara



Salah satu tembikar zaman Neolitik yang dijumpai 




Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan pada zaman Neolitik


Bergambar bersama Encik Kazar dan Kurator Muzium


MUZIUM NEGARA

Muzium Negara telah dibuka pada 31 ogos 1963 dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong yang ke-3.  Muzium Negara terbahagi kepada 4 jenis galeri iaitu :-

     Galeri A = Sejarah Awal / Tamadun Manusia
     Galeri B = Kerajaan Awal Tanah Melayu
     Galeri C = Penjajahan Tanah Melayu
     Galeri D= Malaysia Kini