Sunday, 20 July 2014

Kebebasan Asasi

HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERKEMBANGAN
1.    Perlembagaan Persekutuan :

     - (Perlembagaan Malaysia)
     - mempunyai 183 perkara
       Merupakan undang undang undang tertinggi.
        Diambil daripada dokumen asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu    1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

2.    MAKSUD PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan bermaksud dokumen perundangan yang telah didrafkan pada 1955 oleh Jawatankuasa Kerja yang anggotanyaterdiri daripada British, Penasihat Majlis Raja Raja, dan Ketua Ahli Politik.

3.    SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan beberapa dokumen telah dihalusi dan diteliti dahulu atas kerjasama Suruhanjaya Reid untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
  
4.    PRINSIP PRINSIP MALAYSIA BERHUBUNG HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Berdasarkan kepada Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) pendirian Malaysia adalah berasaskan prinsip yang ditunjukkan dibawah ;
-       Komitmen penuh mengikut prinsip prinsip asas International Bill On Human Rights dan lain lain agensi hak asasi manusia namun perlaksanaannya perlu mengambil kira nilai nilai tempatan.
-       Berpegang bahawa kesemua hak asasi manusia adlah bersifat sejagat tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain.
-       Memegang teguh prinsip prinsip yang objektif tidak berpihak pihak dan tidak memilih milih.
-       Menolak sebarang prinsip prinsip mempolitikan dan memilih kasih akan Hak Asasi Manusia.
-       Menolak penggunaan Hak Asasi Manusia sebagai syarat syarat untuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkah langkah yang digunakan untuk mengembangkan perdagangan.
-       Menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta tidak campur tangan dalam Hal Ehwal dalam negeri sesebuah negara.
-       Menyokong hak hak untuk perbangunan sebagai hak sejagat dan merupakan  sesuatu yang perlu untuk melengkapkan asas asas Hak Asasi Manusia.
-       Malaysia telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ( UNSHR ) sejak awal tahun 1990-an. Pada tahun 1993-1995, Malaysia telah dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.


5.    HAK ASASI YANG DISENARAIKAN DALAM BAHAGIAN 11 DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ;

Hak asasi ini mempunyai 99 fasal ;
   
  • Hak untuk kebebasan sama rata dari segi maruah dan hak.
  • Bebas daripada diskriminasi.
  • Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
  • Bebas daripada dihambakan.
  • Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berprikemanusiaan atau menghinakan.
  • Hak kepada pengiktirafan dimana jua sebagai seorang insan di sisi undang undang.
  • Hak untuk pertimbangan sama rata disisi undang undang.
  • Hak untuk menuntut keadilan dimahkamah.
  • Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab.
  • Hak Perbicaraan Mahkamah yang adil dan terbuka.
  • Hak dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
  • Hak bebas daripada diganggu kediaman, keluarga, dan surat menyurat.
  • Hak bebas pergerak dan bermastautin didalam negara sendiri.
  • Hak mendapat perlindungan untuk perlarian.
  • Hak menjadi rakyat dalam sebuah negara
  • Hak untuk perkahwinan dan perlindungan untuk keluarga.
  • Hak memilih harta
  • Kebebasan kepercayaan dan agama
  • Kebebasan pendapat dan informasi
  • Hak berhimpun secara aman dan berpersatuan
  • Hak mengambil bahagia dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan kemudahan awam.
  • Hak keselamatan sosial
  • Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal.
  • Hak berehat dan bercuti
  • Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
  • Hak mendapat pendidikan
  • Hak mengambil bahagia dalam kehidupan bermasyarakat
  • Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia.
  • Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu.
  • Kebebasan daripada campur tangan mana mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai.


KESIMPULAN :
 Perlembagaan Malaysia mengandungi hak asasi manusia pelembagaan persekutuan sebagai asas perlembagaan yang sering digunakan oleh pihak mahkamah. Malaysia sebagai sebuah negara ahli dan terima pakai dokumen seperti pengisytirahan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen Until  Diskriminasi terhadap pendidikan, Konvensyen Hak Kanak Kanak mahupun Konvesyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita.
 (Prof Aziz Bari). Kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM ) sebagai institusi penting dalam mempromosikan pendidikan hak asasi manusia kepada manusia.


 
KEBEBASAN ASASI

Mempunyai dua kategori ;

1)    Kebebasan mutlak - Kebebasan yang tidak boleh disekat.
2)    Kebebasan bersyarat - Kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang undang atau sebagai mana diperuntukan undang undang.
 
PERKARA KEBEBASAN ASASI
1)    Kebebasan diri dan nyawa ; 
                                          
 (FASAL 1 Perkara 5 perlembagaan persekutuan)
Seseorang yang bebas tidak boleh diambil nyawanya kecuali dituntut undang undang.
Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap.
Boleh dirunding atau dibela peguamnya.
Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam masa 24jam selepas penangkapan,
Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui kuasa majistret



2)    Kerja paksa dan pengabdian
(Perkara 6 perlembagaan persekutuan Malaysia)
Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang salah disisi undang-undang,
Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama,
Namun,mahkamah yang lebih tinggi boleh perintah perbicaraan semula sekiranya terdapar bukti baru.

3)    Kesamarataan disisi undang-undang
Semua orang berhak memilikinya,
Tiada perbezaan terhadap warga asing dari segi kedudukan politik, sosial,pekerjaan dan taraf ekonomi kecuali jika diperuntukkan oleh perlembagaan.

4)    Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam persekutuan
Setiap warganegara boleh bergerak dan bermastautin di mana-mana negeri dan di wilayah persekutuan,
Namun, parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan,kesihatan awam dan hukuman atas pesalah

5)    Kebebasan berhimpun dan menubuhkan persatuan
(Perkara 9 perlembagaan persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara bebas member pandangan,berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan,
Namun, parlimen boleh sekat kebebasan ini demi keselamatan dan ketenteraman.

6)    Kebebasan agama
(Perkara 11 perlembagaan persekutuan Malaysia)
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri,
Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama,
Setiap orang boleh menguruskan agama sendiri atau menubuhkan yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama,
Namun, undang-undang negeri boleh menyekat perlembagaan atau iktikad atau kepercayaan antara penganut islam.






7)    Hak yang sama dalam pelajaran
(Perkara 12 perlembagaan persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara berhak mendapat pendidikan yang sama daripada pihak berkuasa awam,
Kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi pendidikan

8)    Hak atas harta peribadi
(Perkara 13 perlembagaan persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara berhak mengumpul dan mengagihkan hartanya,
Pampasan harus di berikan apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang undang,
Namun,seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya mengikut peruntukan undang - undang.



Kesimpulan
Kewujudan perlembagaan mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk kerajaan. Walaupun perlembagaan negara mengandungi perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan.Melalui perlembagaan setiap warganegara samaada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing- masing dan pembelaan yang sewajarnya

        

Sumber rujukan

  
  • Buku pengajian Malaysia m/s 270 hingga 276


  • Blog : http://kw500-555-134-147.blogspot.com/p/hak-asasi-atau-kebebasan-asasi-2.html




3 comments:

  1. maklumat2 yg bgos..snang difamahi...bgos guys...hahaha

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang menarik mengenai kebebasan asasi. Sumner yang bagus :)

    ReplyDelete
  3. Info yang menarik dan padat :)

    ReplyDelete