Sunday, 31 August 2014

Dasar Belia Negara

Dasar Belia Negara 










Jurnal lawatan ke Muzium Negara

Rohaida binti Sanif  17DHK14F1110
Program:
·         Lawatan ke Muzium Negara Kuala Lumpur
Objektif program:
·         Mendedahkan kepada para pelajar tentang sejarah awal Negara
·         Menerangkan ciri-ciri kerajaan awal Tanah Melayu
·         Membuka minda pelajar tentang era penjajahan pada masa dahulu
·         Memperkenalkan pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia pada masa kini

            Pada 26 Ogos 2014 , kelas DHK1C dibawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dari Politeknik Sultan Idris Shah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara. Seramai 37 orang pelajar telah terlibat dalam aktiviti ini. Pada pukul 6.30 pagi , para pelajar telah diarahkan untuk berkumpul dihadapan jabatan oleh pensyarah pengiring iaitu En Mohamad Kazar bin Razali. Sebelum bertolak , pelajar telah diberikan sedikit taklimat berkenaan program ini. Perjalanan bertolak ke muzium bermula  pada pukul 7.00 pagi dan tiba pada pukul 10.00 pagi. Disana, kami telah disambut oleh pegawai muzium iaitu Encik Badrol Hisham bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun binti Azmi.

           Aktiviti meneroka muzium bermula pada pukul 10.30 pagi. Di dalam muzium terdapat empat bahagian iaitu Galeri A,B,C dan D. Di dalam Galeri A menceritakan tentang  sejarah awal bagaimana pembentukan muka bumi dan kehidupan orang pada zaman batu. Pelajar masing-masing membuat catatan dan mendengar penjelasan  daripada pegawai muzium dengan teliti. Galeri  B mempamerkan tentang kerajaan awal yang wujud pada masa dahulu. Galeri C pula mempamerkan tentang era kolonial atau zaman penjajahan. Galeri D pula mempamerkan tentang pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia kini.

          Pada jam 12 tengahari pelajar diberi masa untuk makan dan berehat. Program ini berakhir pada pukul 2 petang dan bertolak pulang. Kami tiba di politeknik pada pukul  kira-kira 5 petang.


         Contoh jumpaan artifak zaman prasejarah di Galeri A


Peta laluan sutera dan replika Avalokitesvara di Galeri B


Galeri C mempamerkan penjajah pada zaman dahulu

Galeri D pula menceritakan berkaitan Malaysia pada masa kini





Jurnal :)

Noor Aliaa bt Razali ( 17DHK14F1099 )

                              LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Pada 26 Ogos 2014 pelajar Diploma Hotel dan Katering dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Lawatan ini juga dibawah kawalan pensyarah Pengajian Malaysia iaitu En Kazar bin Razali  dan kerjasama Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan kuasa yang terdiri dari semua pelajar DHK1C.


OBJEKTIF LAWATAN 


  • Mengenali sejarah awal di Tanah Melayu
  • Mengetahui artifak artifak yang dijumpai oleh ahli arkeologi
  • Memupuk semangat nasionalisme setiap individu

Pada pukul 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di Anjung Pesona di hadapan bangunan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Sebelum bertolak pensyarah En Kazar b Razali telah memberi sedikit taklimat ringkas dan bacaan doa oleh Muhd Zunnur Muqri iaitu ketua AJK Kerohanian. AJK Makanan telah memainkan peranan dalam mengagihkan makanan kepada semua pelajar. Tepat jam 7 pagi kami bertolak dengan menaiki bas rasmi Politeknik Sultan Idris Shah. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam.
Tepat pada 10 pagi, kami selamat sampai di Muzium Negara dengan disambut mesra oleh En Badrol Hisyam bin Abdul Rahman bersama Cik Fadhliatul bin Azmi. 

En Badrol Hisyam mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk menerangkan semua maklumat yang terkandung di dalam semua galeri di situ . Terdapat empat pembahagian galeri iaitu ;
Galeri A : Pengenalan sejarah awal tamadun
Galeri B : Kerajaan kerajaan Melayu
Galeri C : Era kolonial
Galeri D : Malaysia Kini

Di samping itu, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar yang ada disetiap galeri. Dengan maklumat yang diberi oleh pihak muzium dan En Badrol Hisyam banyak membantu semua pelajar.
Setelah membuat lawatan, kami telah menjamu selera untuk makan tengahari yang diuruskan oleh AJK Makanan di kafeteria Muzium Negara tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua Majlis tertinggi (MT) Ahli Jawatankuasa (AJK) yang banyak membantu bagi menjayakan lawatan ini. 

Lampiran :











  


Jurnal

Muhammad Faris Bin Mohd Khalil
(17DHK14F1096)


Program 

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara


Objektif

matlamat lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pengetahuan yang lebih mendalam tantang sejarah awal Malaysia. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan dapat memupuk semangat Patriotisme dalam diri kita.


Laporan

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK1C telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang terletak di ibu kota raya Kuala Lumpur. Seramai 37 pelajar semester 1 dan seorang pensyarah iaitu Encik Kazar Bin Razali bertindak sebagai guru pengiring telah terlibat. Seawal 6.30 pagi lagi kami telah berkumpul di Jabatan Hospitaliti dan Perlancancongan untuk menunggu bas kami. Kemudian, Pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Kazar Bin Razali tiba di Jabatan dan memberi sedit penerangan tantang program lawatan dan kami pon bertolak. Program ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang sejarah awal Malaysia. Sejurus tiba di Muzium Negara pada jam 10.00 pagi kami ke kaunter untuk membeli tiket dan kami disambut oleh dua staf dari muzium negara iaitu Encik Badrol Hisyam b.Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi. Selepas itu, Encik Badrol Hham telah membawa kami melawat sekitar muzium sambil mengongsi ilmu bersama kami tentang Sejarah Awal, Kerajaan Awal Tanah Melayu, Penjajahan Tanah Melayu, dan Malaysia Kini. Maklumat yang kami dapat walaupun hanya dua jam amat berguna pada kami yang masih belajar.
Pada jam 12.00 tengah hari kami disediakan juadah daripada AJK makanan kami di kafeteria Muzium Negara, terdapat kumudahan lain yang terdapat di muzium seperti tandas, surau dan kedai-kedai. Selepas itu, kami diberi masa selama setengah jam untuk melawat di sekitar Muzium Negara. Pada jam 1.30 petang kami berkumpul semula untuk menaiki bas.. maka tamatlah program lawatan kami. Saya berasa bangga dengan apa yang saya pelajari semasa lawatan ini dan Alhamdulillah sepanjang aktiviti ini berlangsung tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian...



 Kami tiba di Muzium Negara



Salah satu tembikar zaman Neolitik yang dijumpai 




Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan pada zaman Neolitik


Bergambar bersama Encik Kazar dan Kurator Muzium


MUZIUM NEGARA

Muzium Negara telah dibuka pada 31 ogos 1963 dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong yang ke-3.  Muzium Negara terbahagi kepada 4 jenis galeri iaitu :-

     Galeri A = Sejarah Awal / Tamadun Manusia
     Galeri B = Kerajaan Awal Tanah Melayu
     Galeri C = Penjajahan Tanah Melayu
     Galeri D= Malaysia Kini

Jurnal

Muhammad Faris Bin Mohd Khalil
(17DHK14F1096)


Program 

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara


Objektif

matlamat lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pengetahuan yang lebih mendalam tantang sejarah awal Malaysia. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan dapat memupuk semangat Patriotisme dalam diri kita.


Laporan

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK1C telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang terletak di ibu kota raya Kuala Lumpur. Seramai 37 pelajar semester 1 dan seorang pensyarah iaitu Encik Kazar Bin Razali bertindak sebagai guru pengiring telah terlibat. Seawal 6.30 pagi lagi kami telah berkumpul di Jabatan Hospitaliti dan Perlancancongan untuk menunggu bas kami. Kemudian, Pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Kazar Bin Razali tiba di Jabatan dan memberi sedit penerangan tantang program lawatan dan kami pon bertolak. Program ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang sejarah awal Malaysia. Sejurus tiba di Muzium Negara pada jam 10.00 pagi kami ke kaunter untuk membeli tiket dan kami disambut oleh dua staf dari muzium negara iaitu Encik Badrol Hisyam b.Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi. Selepas itu, Encik Badrol Hham telah membawa kami melawat sekitar muzium sambil mengongsi ilmu bersama kami tentang Sejarah Awal, Kerajaan Awal Tanah Melayu, Penjajahan Tanah Melayu, dan Malaysia Kini. Maklumat yang kami dapat walaupun hanya dua jam amat berguna pada kami yang masih belajar.
Pada jam 12.00 tengah hari kami disediakan juadah daripada AJK makanan kami di kafeteria Muzium Negara, terdapat kumudahan lain yang terdapat di muzium seperti tandas, surau dan kedai-kedai. Selepas itu, kami diberi masa selama setengah jam untuk melawat di sekitar Muzium Negara. Pada jam 1.30 petang kami berkumpul semula untuk menaiki bas.. maka tamatlah program lawatan kami. Saya berasa bangga dengan apa yang saya pelajari semasa lawatan ini dan Alhamdulillah sepanjang aktiviti ini berlangsung tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian...



 Kami tiba di Muzium Negara



Salah satu tembikar zaman Neolitik yang dijumpai 




Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan pada zaman Neolitik




Bergambar bersama Encik Kazar dan Kurator Muzium

Jurnal

Laporan Lawatan Ilmiah Kelas DHK 1C ke Muzium Negara
Disediakan oleh : Annis Hizani Bt Badrul Hisham

Pada minggu lepas , bertarikh 26 Ogos 2014 , kelas DHK 1C daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah , Sabak Bernam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur baru - baru ini.  Seramai 37 orang pelajar semester 1 yang terlibat dan seorang pensyarah iaitu Encik Kazar Bin Razali yang bertindak sebagai guru pengiring kami. Lawatan yang diadakan pada hari Selasa ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kami tentang sejarah awal negara dan pembentukan Malaysia seiring dengan subjek pembelajaran kami iaitu subjek Pengajian Malaysia yang berada di bab 3 di buku Pengajian Malaysia kami.

Objektif lawatan ini ditetapkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang sejarah dan pengenalan Malaysia kepada kami. Selain itu, melalui lawatan ini juga kami dapat memupuk semangat cinta akan negara sesama kami selain dapat meningkatkan patriotisma dalam diri kami. Kami juga dapat mempelajari teladan - teladan yang berkaitan dengan sejarah negara kami. 

Pada pukul 6.30 pagi , kami berkumpul di hadapan bangunan Anjung Pesona untuk mendengar taklimat daripada pensyarah pengiring kami iaitu Encik Kazar. Selepas mendengar taklimat ringkas dan sarapan diagihkan , tepat pada pukul 7.00 pagi, kami bertolak ke Muzium Negara dengan menaiki bas rasmi Politeknik Sultan Idris Shah. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam.



Para pelajar DHK 1C baru sahaja tiba di Muzium Negara


Para pelajar kelas DHK 1C bergambar di Muzium Negara


Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 9.30 pagi dan disambut oleh wakil pihak muzium negara , Encik Badrul Hisham Bin Abdul Rahman dan Cik Fadhliatul Binti Azmi. Menurut Encik Badrul , muzium ini mempunyai 4 buah galeri di mana setiap galeri tersebut mempamerkan tentang tahap – tahap pembentukan dan kemajuan Malaysia sehingga kini. Selepas menyelesaikan urusan tiket , kami memulakan lawatan kami di Galeri A.

Menurut Encik Badrul, Galeri A banyak memaparkan pameran tentang pembentukan bumi dan sejarah awal negara. Di galeri ini, saya dapat mempelajari bahawa Malaysia telah melalui tiga zaman prasejarah utama iaitu Zaman Paleolitik , Neolitik serta Zaman Besi dan Gangsa. Manusia zaman prasejarah ratanya menjadikan alam semulajadi sebagai sumber kehidupan mereka misalnya gua dijadikan tempat tinggal, siput dijadikan sumber makanan , kulit kayu dijadikan pakaian dan pelbagai lagi. Perkara baru yang dapat dipelajari ialah lukisan gua atau cave drawing daripada Hematif iaitu sejenis bahan pewarna purba sebagai tujuan komunikasi mereka dan budaya megalit yang diamalkan oleh masyarakat Sabah dan Sarawak sehingga kini iaitu sejenis batu yang dipahat sendiri dan dipercayai mempunyai keramat. Sehingga kini, budaya megalit masih diamalkan dalam upacara – upacara sembahyang walaupun dalam masyarakat islam.

Batu giling dan penggiling digunakan untuk mengisar hematif

Batu yang dipahat dipercayai mempunyai keramat.

Kami meneruskan perjalanan kami ke Galeri B yang memaparkan maklumat tentang kerajaan – kerajaan Melayu Lama dan  Kerajaan Melaka. Kerajaan – kerajaan seperti Majapahit , Champa , Kedah Tua merupakan kerajaan yang wujud sebelum kerajaan Melaka. Kerajaan tersebut mempunyai rangkaian perdagangan yang luas dan banyak negeri jajahan. Akibat daripada perluasan kuasa inilah, terbentuknya kerajaan Melaka yang akhirmya menjadi pelabuhan yang sangat maju dan menjadi salah satu kuasa yang kuat. Selain itu , kami dapat pengetahuan yang mendalam tentang keris-keris sebagai lambing kekuasaan dan kedaulatan melayu.


Sebahagian serpihan artifak barang dagangan yang ditemui di Pulau Tioman.



Gambaran armada kerajaan Majapahit dan senjatanya.

Galeri C pula mempamerkan tentang era colonial di mana ia menerangkan tentang kejatuhan empayar Melaka bermula dari penjajahan Portugis sehinggalah ke penjajahan lain sehingga mewujudkan semangat nasionalisme di kalangan warga intelektual. Kerajaan Melaka terkenal dengan kekayaan barang mentah dan hasil hutan seperti bijih timah , rempah ratus dan pelbagai lagi yang menarik minat kuasa besar untuk dieksploitasi. Kehidupan rakyat pada zaman penjajahan juga tidak tenteram kerana pembunuhan berlaku di mana-mana sahaja sehingga darurat diisytiharkan. Disinilah kesedaran nasionalisme di kalangan golongan berpendidikan tinggi dipergiatkan.

Perjalanan kami berakhir pada Galeri D dimana maklumat tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu sehingga ke pencapaian Malaysian sehingga kini. Terdapat banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan Negara. Hasilnya, kami melihat Malaysia sudah mampu untuk berdiri sendiri dan begitu banyak kemajuan yang telah dicapai seperti pembukaan Koridor Raya Multimedia , F1 Sepang Circuit , system satelit MEASAT dan banyak lagi.
 Di sini , kami berasa bersyukur kerana lahir dalam generasi Y yang bebas daripada sebarang kesusahan dan darurat. Kami juga bersa bangga kerana lahir dalam zaman ICT  iaitu zaman teknologi tinggi dan komunikasi yang begitu canggih. Kami berharap semangat patriotic dapat dipupuk melalui lawatan ini untuk menjamin kelansungan kedaulatan Negara oleh pewaris – pewaris pemimpin Negara ini.


Para pelajar bergambar dengan pensyarah Encik Mohd Kazar dan dua orang pengiring iaitu Encik Badrul Hisham dan Cik Fadhliatul.



Saturday, 30 August 2014

Jurnal

Najiha bt Nazari (17DHK14F1098)

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Pada 26 Ogos 2014 dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti program Diploma Hotel dan Katering dari kelas DHK1C telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara 

OBJEKTIF
Mendalami tentang sejarah awal di negara Malaysia
Menambah pengetahuan tentang sejarah awal Malaysia
Mengenali artifak-artifak yang dijumpai oleh para arkeologi

LAPORAN

Pada 26 Ogos 2014 jam 6.30 pagi berkumpul di lobi Anjung Pesona dan mula bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada pukul 7.00 pagi menaiki bas seramai 37 orang beserta seorang pengiring iaitu Encik Mohd Kazar. Kami disediakan sarapan pagi oleh Ajk makanan. Kami tiba di Muzium Negara 

pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Cik Fadhliatul bt Azmi untuk mengiringi kami dan menerangkan tentang sejarah awal di negara Malaysia. 

Sebaik sahaja tiba kami di bawa kesetiap galeri-galeri yang dimulakan dengan galeri A iaitu  pengenalan kepada sejarah awal tamadun diikuti dengan galeri B kerajaankerajaan melayu, 

galeri C era kolonial dan galeri D Malaysia kini. Dalam masa dua jam kami didedahkan dengan 

keterangan yang amat mendalam,padat dan mudah difahami yang diberikan oleh Encik Badrol 

Hisyam. Terdapat pelbagai artifak yang dapat kami lihat dan kami amat kagumi dengan artifak-artifak

 tersebut. Setelah tamat dengan .keterangan yang diberi oleh Encik Badrol Hisyam, pada pukul 12.00 tengahari kami menjamu selera makanan yang disediakan oleh AJK makanan di kafeteria. 

Sebaik sahaja kami tamat menjamu selera, kami diberi kelonggaran daripada Encik Kazar untuk melawati sekitar muzium selama 30 minit untik mengetahui dengan lebih lagi tentang sejarah di Malaysia. Sesudah sahaja kami melawati muzium itu, pada jam 1.30 tengahari kami berkumpul untuk pulang ke Politeknik Sultan Idris Shah. Maka, dengan itu, tamatlah program kami.

 


Matawang kerajaan melayu Melaka



Cap mohor yang digunakan pada zaman pemerintahan Melayu



Mangkuk seramik pada zaman Dinasti Song



Batu nisan Sultan Mansor Shah yang dijumpai di Bukit St.Paul pada tahun 1918

Sunday, 10 August 2014

MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

KEDATANGAN IMIGRAN CINA KE TANAH MELAYU

1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh- buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.

2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.

3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing- masing seperti peperangan, kebuluran dan lain lain.

4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.

5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.

6. Imigran Cina dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pussat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.