HAK ASASI MANUSIA
MENURUT PERKEMBANGAN
1.
Perlembagaan
Persekutuan :
- (Perlembagaan Malaysia)
- mempunyai 183 perkara
Merupakan undang undang undang
tertinggi.
Diambil daripada dokumen asas
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
2.
MAKSUD
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan
bermaksud dokumen perundangan yang telah didrafkan pada 1955 oleh Jawatankuasa
Kerja yang anggotanyaterdiri daripada British, Penasihat Majlis Raja Raja, dan
Ketua Ahli Politik.
3.
SEJARAH
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Dalam membentuk
Perlembagaan Persekutuan beberapa dokumen telah dihalusi dan diteliti dahulu
atas kerjasama Suruhanjaya Reid untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
4.
PRINSIP
PRINSIP MALAYSIA BERHUBUNG HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Berdasarkan kepada Seksyen
2 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) pendirian Malaysia
adalah berasaskan prinsip yang ditunjukkan dibawah ;
-
Komitmen
penuh mengikut prinsip prinsip asas International Bill On Human Rights dan lain
lain agensi hak asasi manusia namun perlaksanaannya perlu mengambil kira nilai
nilai tempatan.
-
Berpegang
bahawa kesemua hak asasi manusia adlah bersifat sejagat tidak boleh dipisahkan
dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain.
-
Memegang
teguh prinsip prinsip yang objektif tidak berpihak pihak dan tidak memilih
milih.
-
Menolak
sebarang prinsip prinsip mempolitikan dan memilih kasih akan Hak Asasi Manusia.
-
Menolak
penggunaan Hak Asasi Manusia sebagai syarat syarat untuk sebarang bantuan
kewangan dan pembangunan atau sebagai langkah langkah yang digunakan untuk
mengembangkan perdagangan.
-
Menghormati
dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta tidak
campur tangan dalam Hal Ehwal dalam negeri sesebuah negara.
-
Menyokong
hak hak untuk perbangunan sebagai hak sejagat dan merupakan sesuatu yang perlu untuk melengkapkan asas
asas Hak Asasi Manusia.
-
Malaysia
telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa
Bersatu ( UNSHR ) sejak awal tahun 1990-an. Pada tahun 1993-1995, Malaysia
telah dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
5.
HAK
ASASI YANG DISENARAIKAN DALAM BAHAGIAN 11 DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ;
Hak asasi ini mempunyai 99
fasal ;
- Hak untuk kebebasan sama rata dari segi maruah dan hak.
- Bebas daripada diskriminasi.
- Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
- Bebas daripada dihambakan.
- Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berprikemanusiaan atau menghinakan.
- Hak kepada pengiktirafan dimana jua sebagai seorang insan di sisi undang undang.
- Hak untuk pertimbangan sama rata disisi undang undang.
- Hak untuk menuntut keadilan dimahkamah.
- Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab.
- Hak Perbicaraan Mahkamah yang adil dan terbuka.
- Hak dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
- Hak bebas daripada diganggu kediaman, keluarga, dan surat menyurat.
- Hak bebas pergerak dan bermastautin didalam negara sendiri.
- Hak mendapat perlindungan untuk perlarian.
- Hak menjadi rakyat dalam sebuah negara
- Hak untuk perkahwinan dan perlindungan untuk keluarga.
- Hak memilih harta
- Kebebasan kepercayaan dan agama
- Kebebasan pendapat dan informasi
- Hak berhimpun secara aman dan berpersatuan
- Hak mengambil bahagia dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan kemudahan awam.
- Hak keselamatan sosial
- Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal.
- Hak berehat dan bercuti
- Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
- Hak mendapat pendidikan
- Hak mengambil bahagia dalam kehidupan bermasyarakat
- Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia.
- Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu.
- Kebebasan daripada campur tangan mana mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai.
KESIMPULAN :
Perlembagaan Malaysia mengandungi hak asasi
manusia pelembagaan persekutuan sebagai asas perlembagaan yang sering digunakan
oleh pihak mahkamah. Malaysia sebagai sebuah negara ahli dan terima pakai
dokumen seperti pengisytirahan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen
Until Diskriminasi terhadap pendidikan,
Konvensyen Hak Kanak Kanak mahupun Konvesyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap
Wanita.
(Prof Aziz Bari). Kewujudan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (SUHAKAM ) sebagai institusi penting dalam mempromosikan
pendidikan hak asasi manusia kepada manusia.
KEBEBASAN ASASI
Mempunyai dua kategori ;
1)
Kebebasan
mutlak - Kebebasan yang tidak boleh disekat.
2)
Kebebasan
bersyarat - Kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang undang atau sebagai
mana diperuntukan undang undang.
PERKARA KEBEBASAN ASASI
1)
Kebebasan
diri dan nyawa ;
(FASAL 1 Perkara 5 perlembagaan persekutuan)
Seseorang yang bebas tidak
boleh diambil nyawanya kecuali dituntut undang undang.
Seseorang harus diberitahu
sebab ia ditangkap.
Boleh dirunding atau
dibela peguamnya.
Seseorang harus dihadapkan
ke mahkamah dalam masa 24jam selepas penangkapan,
Seseorang hanya boleh
ditahan lebih lama melalui kuasa majistret
2)
Kerja
paksa dan pengabdian
(Perkara 6 perlembagaan
persekutuan Malaysia)
Seseorang hanya dihukum
atas perbuatan yang salah disisi undang-undang,
Seseorang yang dibebaskan
daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama,
Namun,mahkamah yang lebih
tinggi boleh perintah perbicaraan semula sekiranya terdapar bukti baru.
3)
Kesamarataan
disisi undang-undang
Semua orang berhak
memilikinya,
Tiada perbezaan terhadap
warga asing dari segi kedudukan politik, sosial,pekerjaan dan taraf ekonomi
kecuali jika diperuntukkan oleh perlembagaan.
4)
Larangan
dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam persekutuan
Setiap warganegara boleh
bergerak dan bermastautin di mana-mana negeri dan di wilayah persekutuan,
Namun, parlimen boleh
mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan,kesihatan awam dan hukuman atas
pesalah
5)
Kebebasan
berhimpun dan menubuhkan persatuan
(Perkara 9 perlembagaan
persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara bebas
member pandangan,berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan,
Namun, parlimen boleh
sekat kebebasan ini demi keselamatan dan ketenteraman.
6)
Kebebasan
agama
(Perkara 11 perlembagaan
persekutuan Malaysia)
Setiap orang berhak
menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri,
Setiap orang tidak boleh
dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama,
Setiap orang boleh
menguruskan agama sendiri atau menubuhkan yayasan agama dan memegang serta
mentadbir harta bagi tujuan agama,
Namun, undang-undang
negeri boleh menyekat perlembagaan atau iktikad atau kepercayaan antara
penganut islam.
7)
Hak
yang sama dalam pelajaran
(Perkara 12 perlembagaan
persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara berhak
mendapat pendidikan yang sama daripada pihak berkuasa awam,
Kumpulan agama berhak menubuhkan
dan menyelenggarakan institusi pendidikan
8)
Hak
atas harta peribadi
(Perkara 13 perlembagaan
persekutuan Malaysia)
Setiap warganegara berhak
mengumpul dan mengagihkan hartanya,
Pampasan harus di berikan
apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang undang,
Namun,seseorang atau
pesalah boleh dilucutkan hartanya mengikut peruntukan undang - undang.
Kesimpulan
Kewujudan perlembagaan
mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk kerajaan. Walaupun
perlembagaan negara mengandungi perlembagaan yang terlalu panjang dan
terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran
negara dan mewujudkan keamanan.Melalui perlembagaan setiap warganegara samaada
pemerintah atau rakyat mendapat hak masing- masing dan pembelaan yang
sewajarnya
Sumber
rujukan
- Buku pengajian Malaysia m/s 270 hingga 276
- Blog : http://kw500-555-134-147.blogspot.com/p/hak-asasi-atau-kebebasan-asasi-2.html